- Lain-lain
Padang Pasir di Tengah Xinjiang Tawar Makanan Laut Segar
Penternakan ikan di tengah-tengah Padang Pasir Taklamakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China mungkin kedengaran mustahil, tetapi revolusi pertanian dengan kebarangkalian yang rendah tersebut kini telah menghantar makanan segar ke pasaran di serata China, malah juga di luar negara Tembok Besar itu.
(Foto oleh CCTV News)
Difahamkan, penerokaan luar biasa tersebut bermula dengan satu percubaan inovatif terhadap sumber paling mencabar Xinjiang, iaitu tanah masin-alkali. Pakar akuakultur di wilayah itu mendapati bahawa air dengan kemasinan yang ditemui di tanah tandus tersebut hampir menyamai komposisi air laut.
Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan air laut buatan yang berkemampuan untuk membantu spesies laut.
Penemuan baharu tersebut juga telah membolehkan pemupukan varieti produk akuatik yang pelbagai termasuk salmon, tilapia, udang karang dan ketam.
Pada masa sama, Xinjiang juga telah menjadi perintis dalam mengadaptasi tenik ‘laut-ke-air tawar’. Masa demi masa, pakar akhirnya dapat menyesuaiiklimkan udang laut kepada keadaan tasik air tawar menerusi peralihan kolam yang istimewa, seterusnya menyediakan persekitaran perikanan yang optimum.
(Foto oleh CCTV News)
Memanfaatkan kekayaan sumber air tawar berkualiti tinggi dari Gunung Tianshan, penternak telah berjaya menternak udang kaki putih premium yang telah dijual secara domestik dan juga luar negara.
Pada tahun lalu, output akuakultur Xinjiang telah mencecah 196,500 tan, sekali gus menduduki ranking pertama dalam kalangan lima wilayah autonomi dan provinsi barat laut China.
Kini, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam yang diternak di Xinjiang boleh didapati oleh pengguna di serata China, dan ia kini sedang berkembang di pasaran antarabangsa termasuk Rusia dan Sepanyol.
(Foto oleh CCTV News)
- Jumlah Penghasilan Minyak di Jimsar Baharui Rekod
- Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025
- Gunung Huoyan, Jalan Ditempuh dalam Journey to the West
- Terokai Kekayaan Budaya ‘Permata Jalan Sutera’ Kashgar
- Festival Pelancongan Lavendar Rancakkan Pembangunan Ekonomi di Xinjiang
- Penghantaran Kargo Kereta Api Xinjiang Cecah 100 Juta Tan
- Xinjiang Keluarkan Rancangan Pembangunan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Baharu
- Mawar Mekar di Gurun di Xinjiang
- Pengubahsuaian Stesen Kereta Api Timur Hami Dimulakan
- Xinjiang Kembangkan Infrastruktur Sukan Dengan 88,800 Venue Menjelang 2024