- Lain-lain
Xinjiang Kembangkan Infrastruktur Sukan Dengan 88,800 Venue Menjelang 2024
Jurulatih Rozaji Amatjan (pertama dari kiri) dan pemain bola sepak perempuan bawah 13 tahun pasukan Bandar Artux mengambil bahagian sesi latihan di Bandar Artux, Kawasan Autonomi Kirgiz Kizilsu di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 14 April 2025. (Xinhua/Xu Hongyan)
Setakat penghujung 2024, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China telah membina sebanyak 88,800 venue sukan, sekali gus menggalakkan lagi penyertaan dan perkembangan sukan tempatan, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, angka tersebut menyaksikan kenaikan sebanyak 8.4 peratus berbanding jumlah 81,928 venue pada 2023. Wilayah autonomi tersebut turut menganjurkan 54,000 aktiviti dan acara sukan pada pelbagai peringkat sepanjang tahun lalu, yang secara tidak langsung mendekatkan aktiviti olah raga dengan komuniti setempat.
Menurut Xinhua, daripada kesemua venue tersebut, 118 daripadanya dikhususkan buat sukan musim sejuk. Dengan faktor keadaan semula jadi setempat yang indah, ia juga turut menarik lebih ramai kedatangan golongan muda untuk menyertai aktiviti musim sejuk pada tahun-tahun mutakhir ini.
Pada Januari lalu, Xinjiang telah menganjurkan Sukan Musim Sejuk buat wilayah itu untuk dua tahun berturut-turut, menarik penyertaan daripada 1,058 atlet daripada pelbagai kumpulan etnik.
Pengarah Biro Sukan Xinjiang, Aert berkata pihaknya akan terus membuat pelaburan dalam fasiliti sukan dan membina ruang kesihatan yang boleh digunakan oleh setiap isi rumah.
“Kami juga memfokuskan kepada bidang utama dan aktiviti luar untuk membantu mendorong pembangunan ekonomi Xinjiang,” ujar beliau
- Bunga Mawar di Xinjiang Jadi Benteng Pasir, Lonjak Mata Pencarian
- Tasik Ulungur di Xinjiang Mula Nyahsejuk Beku
- Saintis Sumbang Transformasi Gurun Kepada Oasis, Dorong Ekonomi Luar Bandar di Xinjiang
- Anak Gembala Capai Impian Jadi Juruterbang
- Tular! Klip Pertunjukan Kostum Pemudi Xinjiang
- Laluan Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Islamabad Mula Beroperasi
- Xinjiang Buka Penerbangan Antarabangsa ke Malaysia
- Pemandangan Tasik Sayram, Xinjiang
- Xinjiang Pangkalan Penting Jamin Keselamatan Tenaga
- Penggembala Unta di Xinjiang Manfaatkan Teknologi Maju