- Lain-lain
Pelancongan Cipta Peluang Pekerjaan Buat Penduduk Guangxi
Pemandangan sudut udara ini menunjukkan komuniti penempatan semula Kaunti Autonomi Miao Rongshui di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China. (People’s Daily Online/Liang Zhanghui)
Dengan mengamalkan model pembangunan yang menggabungkan pekerjaan yang didorong oleh pelancongan dan penempatan semula, Kaunti Autonomi Miao Rongshui di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China telah berjaya mengeluarkan penduduk tempatan daripada kancah kemiskinan.
Kini, sekitar 4,659 individu daripada 1,226 keluarga tinggal dengan selesa di komuniti penempatan semula selepas berjaya keluar daripada cengkaman kemiskinan.
Mereka yang dahulunya merupakan penduduk di pergunungan kini menetap di dalam sebuah komuniti moden dengan bangunan pangsapuri baharu, jalan berturap dan fasiliti termasuk pusat perkhidmatan, stesen kesihatan dan bilik aktiviti kanak-kanak.
Bagi penduduk, rumah baharu mereka bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ia adalah peluang, susulan terdapatnya ledakan pelancongan di luar pintu rumah masing-masing.
Bersandarkan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang kaya dalam pesta dan keraian, Rongshui yang terkenal sebagai ‘tanah ratusan pesta’ itu telah dibangunkan menjadi destinasi pelancongan popular yang menarik pengunjung dari serata China.
Pelancong mengambil gambar pemandangan di kawasan pemandangan Shuanglonggou di Kaunti Autonomi Miao Rongshui di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China. (Foto ihsan kawasan pemandangan Shuanglonggou)
Beberapa ratus meter dari komuniti itu terletaknya kawasan pemandangan Shuanglonggou, iaitu tempat hutan menaungi aliran berliku dan fasiliti hiburan menawarkan pengalaman kepada pengunjung.
Taman pengalaman budaya Kampung Miao Mengwu, iaitu sebuah lokasi pemandangan bertaraf 4A kebangsa di kawasan pemandangan Shuanglonggou, memperkenalkan kepada pengunjung kepada budaya kumpulan etnik Miao yang penuh warna menerusi pelbagai pengalaman budaya rakyat, termasuk pameran warisan budaya tidak ketara, persembahan secara langsung dan kulinari.
Kedatangan pengunjung yang kian meningkat telah menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.
Li Weiguang, pengurus taman berkata bahawa taman budaya Kampung Miao Mengwu menawarkan pekerjaan dalam bidang keselamatan, pentadbiran, landskap, pembersihan dan pengurusan penginapan, sekali gus mengutamakan penduduk yang ditempatkan semula.
Beliau berkata, penduduk tempatan juga boleh menjual kraftangan dan membuat persembahan dalam pertunjukan kebudayaan di taman itu untuk mendapatkan pendapatan.
Yang Bin, merupakan seorang penduduk tempatan yang mendapat manfaat daripada program pekerjaan pelancongan daerah.
Pelancong dan penduduk tempatan meraikan pesta Miao tradisional di Kaunti Autonomi Miao Rongshui di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China. (Foto ihsan taman pengalaman budaya Kampung Miao Mengwu)
Jika dibandingkan dengan bertani di pergunungan, dia yang kini bekerja sebagai pemandu bas ulang-alik di kawasan pemandangan Shuanglonggou itu menikmati kehidupan yang lebih stabil. Dia bekerja syif 9 pagi hingga 5 petang, dan mendapat lebih daripada RMB3,000 sebulan.
“Ia adalah lebih selesa untuk bekerja di sini berbanding di kawasan pergunungan. Oleh kerana saya bekerja dekat dengan rumah, saya boleh pulang untuk makan tengah hari dan rehat sebentar.
“Pihak syarikat turut menawarkan hadiah percutian dan sekiranya prestasi anda baik, bonus akan turut diberi,” kongsi Yang dengan bangga selepas bekerja selama empat tahun.
Dengan pelancongan yang berkembang mekar, tapak-tapak penempatan semula di Kaunti Autonomi Miao Rongshui kini menyaksikan usaha pembasmian kemiskinan berevolusi menjadi model pembangunan mampan yang menekankan hasil daripada pengurangan kemiskinan dan menyokong pembangunan semula luar bandar.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Buah-buahan ASEAN Gerakkan Guangxi Terus Inovasi Kastam, Logistik
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- AI Lonjak Inovasi Industri Tradisional di Nanning, Guangxi
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda
- Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Labuh Tirai
- Pertandingan AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN di Shanghai, Beijing