- Lain-lain
Jepun Perlu Putuskan Hubungannya dengan Militarisme
Usaha menyelewengkan sejarah dan menutup jenayah perang tidak akan membawa kepada kepercayaan serta pengampunan masyarakat antarabangsa.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun sekaligus mengkritik tindakan dan kenyataan pihak tertentu di Jepun yang didakwa cuba memutarbelit sejarah pencerobohan semasa Perang Dunia Kedua.
Guo berkata, Jepun perlu benar-benar merenung kesalahan sejarahnya dan mengambil tindakan nyata untuk memutuskan hubungan dengan fahaman militarisme serta menempuh jalan pembangunan aman.
Kenyataan itu dibuat sempena ulang tahun ke-80 bermulanya Tribunal Tokyo dan berakhirnyaTribunal Nuremberg.
"Selepas lebih 80 tahun sejak kekalahan dalam perang, Jepun masih belum membersihkan diri sepenuhnya daripada militarisme, sebaliknya menyembah roh penjenayah Perang Dunia Kedua yang melancarkan pencerobohan di Yasukuni Jinja, yang pada hakikatnya dianggap sebagai "kuil penjenayah perang". Malah kuil tersebut turut diziarahi oleh beberapa Perdana Menteri dan tokoh politik.
"Jepun juga tidak mencerminkan sejarah pencerobohannya secara menyeluruh dan objektif dalam buku teks. Negara itu sepatutnya menjadikan sejarah sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi peperangan, namun sebaliknya cuba mencantikkan imejnya sebagai "mangsa" dan menyebarkan pandangan sejarah Perang Dunia Kedua yang salah.
"Kenyataan dan tindakan seumpama dilihat seperti mencabar pencapaian kemenangan Perang Dunia Kedua dan aturan antarabangsa pasca-perang, " kata Guo lagi.
- Tinjauan Umum Jepun: Lebih Separuh Responden Bantah Pelonggaran Sekatan Eksport Senjata Berbahaya
- Cubaan Jepun Dorong 'Penenteraan Semula' Tidak Dapat Sokongan: MFA
- Rakyat Jepun Protes Tindakan Berbahaya Pentadbiran Takaichi
- Tribunal Tokyo Penting Bagi Manusia Sejagat, Jepun Perlu Ambil Iktibar dari Sejarah
- China Kecam Tindakan Jepun Berkaitan Yasukuni Jinja
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Waspada terhadap Militarisme Model Baharu Jepun
- Dasar Kerajaan Jepun Dikritik, Bantahan Awam Terus Memuncak
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Longgar Eksport Senjata
- China Zahir Kebimbangan Serius Tindakan Jepun Longgar Eksport Senjata
- China Bantah Keras Tindakan Jepun Hantar Persembahan ke Yasukuni Jinja




