- Lain-lain
Mesyuarat Pegawai Kanan Kedua APEC Berlangsung di Shanghai
Mesyuarat Pegawai Kanan Kedua APEC 2026 berlangsung di Shanghai dari 18 hingga 19 Mei.
Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu dan menyampaikan ucapan.
Beliau berkata Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa China akan bergerak seiring dengan perkembangan sezaman, mendengar pandangan pelbagai anggota APEC serta bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk membina komuniti Asia-Pasifik, selain menyumbang kepada keamanan dan pembangunan di rantau Asia-Pasifik serta dunia.
Menurut Ma, kenyataan Xi itu menunjukkan hala tuju bagi kerjasama APEC, khususnya sempena “Tahun China” tahun ini.
Ma berkata China akan memfokuskan kepada tema persidangan APEC tahun ini, iaitu “Membina Komuniti Asia-Pasifik Demi Kemakmuran Bersama”, selain menggunakan Deklarasi Pemimpin APEC Shenzhen, merangka pelan hala tuju bagi merealisasikan matlamat Komuniti Asia-Pasifik, mengetengahkan empat tonggak utama iaitu perdagangan, kesalinghubungan, inovasi dan pembangunan, serta berusaha memastikan sidang kemuncak APEC tahun ini mencapai hasil yang bermakna.
Para peserta memberikan penilaian positif terhadap perkembangan kerjasama APEC dalam pelbagai bidang sejak awal tahun ini, selain memuji peranan China sebagai tuan rumah persidangan APEC.
Mereka turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan China bagi mendorong APEC mencapai hasil yang menggalakkan tahun ini.
- Mesyuarat Pegawai Kanan Ke-2 APEC Berlangsung di Shanghai Minggu Depan
- Forum Sarjana Muda APEC Diadakan di Shenzhen
- Mesyuarat Kerja Tenaga APEC ke-71 Diadakan di Nanchang
- Wang Yi Berucap pada Mesyuarat Pegawai Kanan APEC
- Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2026 Pertama Diadakan di Guangzhou
- APEC 2026: Mesyuarat Pertama ABAC Tumpu Empat Aspek Utama
- Ruang Pasaran China, Ahli APEC Lain Terus Diperluas: GACC
- Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2026 Pertama Bakal Diadakan di Guangzhou
- Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan APEC Berlangsung di Shenzhen
- Tema, Keutamaan 'Tahun China' APEC 2026 Diumum




