Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan

(CRI)Rabu 20 Mei 2026

Kira-kira 10,000 rakyat Jepun berhimpun di hadapan Bangunan Diet Kebangsaan di Tokyo pada Selasa petang bagi membantah cubaan kerajaan Jepun di bawah pimpinan Sanae Takaichi bagi meminda perlembagaan negara selain memperkukuh keupayaan ketenteraan.

Para peserta perhimpunan dilihat memegang sepanduk bertulis “Hentikan pindaan perlembagaan dan perluasan ketenteraan”, “Jangan musnahkan Perkara 9 Perlembagaan”, sambil melaungkan slogan “Hentikan penempatan peluru berpandu” dan “Takaichi letak jawatan”, sebagai bantahan keras terhadap cubaan kerajaan Takaichi untuk meminda perlembagaan dan merosakkan Perlembagaan Damai.

Menurut laporan media Jepun pada Isnin, parti pemerintah iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) telah membentuk draf cadangan pindaan "tiga dokumen keselamatan", iaitu memperkukuh sistem pertahanan udara, meningkatkan keupayaan operasi berterusan serta mempercepat penggunaan kapal selam generasi baharu dan peluru berpandu jarak jauh bagi memperkukuh apa yang disebut sebagai "keupayaan menyerang pangkalan musuh".

Video

Berita Berkaitan