Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Serbia

(CRI)Selasa 26 Mei 2026

Presiden China, Xi Jinping mengadakan majlis penganugerahan Pingat Persahabatan kepada Presiden Serbia, Aleksandar Vucic di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Isnin malam.

Dalam ucapannya, Xi berkata, presiden Vucic sentiasa menyumbang kepada persahabatan China-Serbia dan memperkasakan pembangunan hubungan kedua-dua negara.

Beliau juga menyifatkan Vucic sebagai pembina serta penyokong teguh kepada hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Serbia.

Xi menegaskan, Pingat Persahabatan merupakan penghormatan tertinggi Republik Rakyat China terhadap individu asing.

Ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan tertinggi bagi sumbangan Presiden Vucic untuk persahabatan China-Serbia, malah juga membawa harapan tulus rakyat kedua-dua negara terhadap pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Serbia pada era baharu.

Rakyat China dan Serbia sentiasa mengejar kemerdekaan dan kebebasan, mempertahankan maruah bangsa, menegakkan keadilan dan kesamarataan antarabangsa, dan pasti akan mencapai kejayaan baharu dalam pembangunan masing-masing, kata Xi lagi.

Video

Berita Berkaitan