Peng Liyuan, Tamara Vucic Lawat Akademi Tarian Beijing

(CRI)Selasa 26 Mei 2026

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan dan isteri Presiden Serbia Aleksandar Vucic, Tamara Vucic bersama-sama mengunjungi Akademi Tarian Beijing (BDA) pada Isnin.

Tamara menemani Presiden Aleksandar Vucic dalam lawatan rasmi ke China bermula 24 hingga 28 Mei.

Ketika berada di muzium tarian BDA, Peng dan Tamara diberi taklimat mengenai sejarah seni tari China.

Di studio tarian, mereka sempat melihat sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai gaya tarian, menikmati persembahan tarian oleh pelajar serta beramah mesra dengan guru dan pelajar akademi itu.

Peng berkata bahawa seni tari merentas sempadan, menyebarkan budaya dan pemikiran serta memainkan peranan unik dalam pertukaran antara rakyat dan pembelajaran bersama.

Beliau menyatakan harapan agar artis dari kedua-dua negara terus mengukuhkan pertukaran dan kerjasama bagi menghasilkan lebih banyak karya yang cemerlang.

Sementara itu, Tamara menzahirkan ucapan terima kasih kepada Peng atas aturan agenda lawatan berkenaan.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk merapatkan lagi pertukaran budaya dan seni antara kedua-dua negara serta menyumbang kepada pengukuhan persahabatan Serbia-China.

Video

Berita Berkaitan