- Lain-lain
Wang Yi Seru Perkasakan Semula PBB

Menteri Luar China Wang Yi menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersatu dan bertindak bersama bagi mempertahankan, memperkasa semula serta memperkukuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seruan itu dibuat beliau pada Selasa ketika mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan (UNSC) mengenai usaha menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB serta memperkukuh sistem antarabangsa berteraskan PBB.
Wang berkata usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula semangat Piagam PBB bagi menyerlahkan kepimpinan yang lebih kukuh, selain mengembalikan kewibawaan UNSC supaya badan itu memperlihatkan keupayaan bertindak yang lebih berkesan.

Beliau turut menekankan keperluan memperkasa kerjasama pembangunan antarabangsa, memberi nafas baharu kepada platform tadbir urus global serta meningkatkan lagi kecekapan sistem PBB.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-55 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di PBB.
Wang menegaskan bahawa China akan terus bekerjasama dengan semua negara di bawah panji multilateralisme bagi menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah, serta bersama-sama bergerak ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- China Bakal Pengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi UNSC di PBB 26 Mei
- Wang Yi Bertemu Presiden Perhimpunan Agung PBB Ke-80 di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- Saat Ini Paling Mendesak bagi Masyarakat Antarabangsa Patuhi Piagam PBB
- China Kekal Teguh Pelihara Sistem Antarabangsa Berteraskan PBB
- Laporan PBB: Pertumbuhan Ekonomi Global 2026 Naik 2.7%
- AS Mungkin Kehilangan Hak Undi Jika Terus "Berhutang Yuran PBB"
- Persidangan UNCAC ke-11 di Doha
- China Hantar Surat kepada Ketua PBB, Jelaskan Pendirian Berhubung Kenyataan Pemimpin Jepun
- Simposium Antarabangsa di Wuhan Fokuskan Resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB




