China Bakal Pengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi UNSC di PBB 26 Mei

(CRI)Sabtu 23 Mei 2026

Sebagai Presiden bergilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bulan ini, China akan mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi UNSC pada 26 Mei, dengan tema "Menegakkan Manifesto dan Prinsip Piagam PBB, Memperkukuh Sistem Antarabangsa yang Berpusatkan PBB".

Menteri Luar China Wang Yi akan bertolak ke New York untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Semasa di New York nanti, Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, masih akan menghadiri mesyuarat "Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global" yang akan diadakan pada 28 Mei, serta mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB dan Menteri Luar dari negara-negara berkaitan.

Selain itu,Wang Yi juga dijadual melawat Kanada dari 28 hingga 30 Mei, atas jemputan rakan sejawatnya dari Kanada, Anita Anand.

Video

Berita Berkaitan