- Lain-lain
Rel China-Laos Rekod Hantaran Buah Segar Lebihi 100,000 Tan

Laluan kereta api China-Laos merekodkan jumlah penghantaran buah segar rentas sempadan sebanyak 107,900 tan sejak awal 2026, meningkat lebih 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dalam pada itu, stesen Mohan yang terletak di sempadan kedua-dua negara muncul sebagai hab penting bagi pengeksportan buah-buahan negara Asia Tenggara ke China.

Hantaran buah segar rentas sempadan melalui stesen Mohan berturut-turut membaharui rekod sejak awal tahun ini, dengan jumlah buah-buahan import dikendalikan stesen itu mencecah sehingga 3,665 tan sehari.
Pelbagai langkah turut dilaksanakan untuk memudahkan urusan kastam dan pemeriksaan kargodi stesen berkenaan.
Kini, perkhidmatan rantaian sejuk beku menerusi jaringan rel China-Laos-Thailand beroperasi secara berkala, sekali gus menjadikan masa pengangkutan buah-buahan dari negara Asia Tenggara ke pasaran China dipendekkan kepada tiga hari.

- Xi, Thongloun Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 65 Tahun Ikatan Diplomatik
- China, Laos Sepakat Perkasa Kerjasama Sempadan
- China, Laos Dorong Kerjasama Tenaga dengan Talian 500-kV Baharu
- Xi Terima Kunjungan Utusan Khas Pemimpin Laos
- Projek Sambungan Grid China-Laos Mula Beroperasi
- Kereta Api China-Laos Beroperasi Tiga Tahun, Ketibaan Pengembara Lebih 800,000 Orang
- Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos
- Hantaran Penumpang Rel China-Laos Lepasi 70 Juta
- Rel China-Laos Angkut Lebih 80 Juta Tan Kargo
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sekali Lagi Dilantik Sebagai Presiden Laos




