- Lain-lain
China Lancar Kempen Galak Kolaborasi Syarikat

Seorang kakitangan menjalankan latihan multi-senario untuk sebuah robot di Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China, 10 Mac 2026. (Xinhua/Li Bo)
Pihak berkuasa China telah melancarkan satu kempen integrasi dan pemadanan perniagaan untuk syarikat dari semua saiz, menurut satu notis rasmi yang diumumkan pada Rabu.
Kempen “100 acara untuk 10,000 syarikat” 2026 ini bertujuan meluaskan pertukaran dan saluran pemadanan antara syarikat besar dengan syarikat kecil dan sederhana (PKS).
Ia akan mengumpulkan sumber daripada pembekal perkhidmatan harta intelek, universiti, institusi penyelidikan dan pertubuhan kewangan bagi membina satu platform komprehensif untuk syarikat melakukan pertukaran, menonjolkan kelebihan, mengakses perkhidmatan dan mencapai perjanjian kerjasama. Ini dipercayai akan membantu lebih banyak PKS mengintegrasikan diri dalam rantaian inovasi serta rantaian industri dan bekalan firma besar, malahan membentuk ekosistem inovasi yang bersifat kolaboratif, cekap, bersepadu dan lancar melibatkan syarikat dari semua saiz.
Pelbagai acara bertema akan dianjurkan sepanjang kempen, misalnya sesi pemadanan khas untuk sektor-sektor penting termasuk robotik, server, dan terminal kecerdasan buatan.
Dimaklumkan, kempen tersebut adalah atas anjuran bersama Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Suruhanjaya Pengawalseliaan Aset Milik Negara Dewan Negara, Pentadbiran Harta Intelek Negara, serta Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China.
Memetik notis itu lagi, pihak berkuasa yang berkenaan dikehendaki menambah baik mekanisme koordinasi antara jabatan, di samping menyenaraikan keperluan syarikat besar dengan lebih awal supaya dapat membuat pemadanan tepat antara entiti pasaran.
- Ekonomi PKS China Beroperasi Mampan pada 2025
- Aset Perusahaan Pimpinan Pusat China Lepasi RMB95 Trilion pada Akhir 2025
- Persekitaran Pembangunan PKS di China Terus Dioptimum
- Indeks Pembangunan PKS Catat Paras Tertinggi Pada Februari
- Indeks Pembangunan PKS China Catat Kenaikan
- Lebih 90 Peratus Syarikat Asing Berpuas Hati Dengan Persekitaran Perniagaan di China
- Syarikat 500 Teratas China Pamer Pertumbuhan Stabil
- PKS Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Hebei
- PKS Catat Momentum Pemulihan Kukuh
- Tonjolkan Peranan Perusahaan Baharu yang Berspesifikasi Tinggi dan Khas




