Wang Yi Hadir Mesyuarat Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global

(CRI)Jumaat 29 Mei 2026

Usaha mereformasi dan menambah baik tadbir urus global memerlukan keyakinan dan konsistensi, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Beliau menghadiri mesyuarat Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global (GFGG) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis.

Ketika berucap pada mesyuarat berkenaan, Wang menyeru supaya usaha dilakukan untuk memacu pembaharuan PBB bagi menjadikan badan dunia itu lebih cekap serta mengukuhkan kewibawaan dan keupayaan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Beliau menekankan keperluan untuk menyelaraskan misi pengaman PBB dengan tuntutan sezaman, membina konsensus antarabangsa mengenai pemerkasaan pembangunan, mengemudi tadbir urus hak asasi manusia global ke arah yang betul dan memperdalam pembaharuan terhadap sistem ekonomi dan kewangan.

Wang turut mencadangkan supaya langkah diambil untuk menubuhkan peraturan berkaitan pengurusan teknologi kecerdasan buatan (AI), meningkatkan tadbir urus dalam bidang baharu seperti ruang siber dan angkasa, selain terus menggalakkan interaksi sesama tamadun ke arah mencapai keterangkuman dan pembelajaran bersama.

Dilaporkan, menteri-menteri luar dan perwakilan dari lebih 60 negara termasuk Pakistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Cuba dan Zimbabwe menghadiri mesyuarat GFGG itu.

Video

Berita Berkaitan