- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Menteri Luar Pakistan

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Pakistan merangkap Menteri Luar Mohammad Ishaq Dar di New York pada Khamis.
Wang berkata China sedia bekerjasama dengan Pakistan untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, mengukuhkan kesalingpercayaan politik, memperluas kerjasama pragmatik dan mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat pada era baharu.
Dar pula menyatakan kesediaan pihaknya bersama-sama China untuk mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan, memajukan pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan dan memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus memantapkan perkongsian kerjasama strategik sepanjang masa antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa di Iran.
Wang berkata, China akan terus menyokong usaha pengantaraan Pakistan dalam menggalakkan dialog dan rundingan antara pihak terbabit ke arah mencapai gencatan senjata menyeluruh serta memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat seawal mungkin.
Sementara itu, Dar berkata Pakistan dan China mengemukakan inisiatif dalam lima perkara mengenai keamanan dan kestabilan di Asia Barat dan kawasan Teluk, sekali gus mendapat sokongan yang meluas.
Beliau berjanji Pakistan akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan.
- Xi Bertemu dengan PM Pakistan Shehbaz Sharif di Beijing
- Xi, Zardari Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Pakistan
- PM Pakistan Dijadual Lawat China Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik
- Menteri Luar China, Pakistan Adakan Perbincangan Telefon
- Latihan Bersama China-Pakistan "Pengawal Laut-4" Tutup Tirai
- China, Pakistan Aju Inisiatif Lima Perkara untuk Pulih Keamanan di Asia Barat
- TPM Pakistan Mulakan Lawatan ke China Hari Ini
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Dialog Strategik Menteri Luar China-Pakistan Berlangsung di Beijing
- TPM Pakistan Lawat China Mulai 3 Januari




