- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Wakil Strategik dan Perniagaan AS di New York

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan sesi dialog bersama tokoh strategik dan wakil komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) semasa menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Rabu.
Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, pertemuan bersejarah antara Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS, Donald Trump di Beijing baru-baru ini telah menghasilkan persetujuan untuk menjadikan "hubungan konstruktif untuk kestabilan strategik antara China dan AS" sebagai kedudukan baharu hubungan kedua-dua negara ini.

Kedua-dua pihak harus berjalan sehaluan, mengawal perselisihan pendapat, dan meluaskan kerjasama untuk meneroka model hubungan antara kuasa besar yang baharu.
Wang menyatakan China bersedia bersama AS untuk melaksanakan persefahaman penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dan mengambil langkah konkrit bagimenterjemahkan hubungan konstruktif untuk kestabilan strategik ke dalam realiti.
Beliau juga menggesa tokoh strategik dan komuniti perniagaan AS memainkan peranan aktif dalam menggalakkan persefahaman serta membentuk sokongan masyarakat yang lebih luas terhadap pembangunan hubungan China-AS.
Wakil pihak AS yang menyertai sesi dialog tersebut pula menyatakan bahawa hubungan AS-China merupakan hubungan dua hala yang paling penting di dunia pada masa ini.
Mereka berpandangan pertemuan kedua-dua pemimpin bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan kedua-dua negara, tetapi juga menyuntik kestabilan kepada dunia serta mengeluarkan isyarat positif kepada pasaran global.
Menurut mereka, ekonomi China terus menunjukkan daya tahan dan kedinamikan yang kuat, manakala syarikat-syarikat AS kekal optimis terhadap prospek pasaran China dan berharap dapat meningkatkan pelaburan dan kerjasama di China.
- China, AS Sepakat Perkukuh Perdagangan Produk Pertanian
- China, AS Bekerjasama Tumpaskan Satu Kes Jenayah Rentas Sempadan
- Persepsi Positif Rakyat AS terhadap China Meningkat
- Naib PM China Bertemu CEO AMD, Seru Tingkatkan Kerjasama
- Rundingan Perdagangan China, AS Capai Hasil Positif
- Tinjauan CGTN: Visi Baharu Hubungan China, AS Bekalkan Kepastian kepada Dunia
- Tinjauan CGTN: China, AS Harus Makmur Bersama
- Visi Baharu Singkap Lembaran Baharu Hubungan China, AS
- Wang Yi Perkenal Hasil Pertemuan Xi, Trump
- Pertemuan Xi, Trump Tingkat Persefahaman, Perkukuh Kerjasama - MFA




