Penduduk Houston Lakukan Protes, Tuntut Keadilan Lelaki Mexico Ditembak Ejen ICE

(CRI)Jumaat 10 Julai 2026

Ribuan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi besar-besarn di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai membantah tindakan ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) yang menembak mati seorang lelaki warga Mexico dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan pada 7 Julai.

Penunjuk perasaan tersebut menuntut kerajaan menjalankan siasatan secara bebas dan telus.

Ejen ICE mendakwa lelaki Mexico tersebut terlebih dahulu bertindak merempuh sebuah kenderaan milik ejen persekutuan sebelum cuba melanggar seorang ejen menggunakan keretanya, menyebabkan ejen ICE terbabit melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Bagaimanapun ramai yang meragui dakwaan tersebut, dan membantah tindakan yang dilakukan ejen ICE itu.

Video

Berita Berkaitan