China-Laos "Peace Train-2026" Selesai dengan Jayanya

(CRI)Khamis 24 September 2026

Pasukan perubatan China yang menyertai Misi Bantuan Perubatan Kemanusiaan "China-Laos Peace Train 2026" berjaya menyelesaikan tugasan yang ditetapkan selama tujuh hari di Laos baru-baru ini.

Pasukan tersebut telah merawat kira-kira 6,275 pesakit sepanjang melakukan misi berkenaan di empat lokasi di Laos, iaitu Vientiane, Pakse, Savannakhet dan Attapeu.

Lebih 70 pakar perubatan daripada 31 bidang profesional seperti kardiovaskular, ortopedik, kecemasan, pernafasan, oftalmologi, perubatan tradisional Cina, dan lain-lain menyertai misi tersebut.

Mereka menjalankan pelbagai perkhidmatan perubatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, rundingan perubatan pelbagai disiplin dan kaunseling kesedaran perubatan.

Mereka turut membawa pelbagai kelengkapan perubatan berkualiti kepada anggota tentera dan rakyat tempatan.

Video

Berita Berkaitan