China Komited Kejar Keamanan, Pembangunan: Naib Presiden

(CRI)Isnin 28 September 2026

Naib Presiden China Han Zheng berkata walau apa jua perubahan berlaku dalam landskap global, China terus komited untuk mengejar keamanan dan pembangunan, mempertahankan keadilan dan kesaksamaan, serta memenuhi komitmen dalam mengamalkan multilateralisme.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan pada Debat Umum Sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Sabtu.

Dunia kini berdepan dengan gelombang cabaran yang berterusan, menyaksikan tercetusnya konflik geopolitik dan makin luasnya jurang pembangunan, justeru semakin banyak negara sedia berganding bahu untuk menangani kesukaran dan cabaran serta meningkatkan kesejahteraan seluruh umat manusia, ujar Han.

Beliau menyeru agar semua negara memelihara orde antarabangsa pasca perang dan mewujudkan keamanan yang berkekalan berlandaskan keselamatan bersama.

Han turut menekankan keperluan untuk menangani masalah pembangunan global dan menjana kemakmuran bersama menerusi keterbukaan dan kerjasama.

Interaksi dan saling belajar sesama tamadun harus digalakkan, kata beliau sambil menambah bahawa negara berkenaan perlu membina semula perpaduan dan kepercayaan melalui komunikasi dan dialog.

Selain itu, multilateralisme perlu dijunjung tinggi dan kesaksamaan perlu dijaga dalam bentuk tindakan nyata, ujarnya.

Video

Berita Berkaitan