China Sedia Laksanakan Konsensus Dicapai Pemimpin Tertinggi China-AS

(CRI)Selasa 29 September 2026

Pemimpin tertinggi China dan Amerika Syarikat (AS) telah bertukar pandangan secara mendalam mengenai isu-isu penting berkaitan hubungan dua hala serta keamanan dan pembangunan dunia.

Selain itu, pelbagai persepakatan turut dicapai termasuk bersama-sama membina “hubungan kestabilan strategik yang konstruktif antara China dan AS berasaskan saling menghormati, adil dan saksama”.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin ketika mengulas mengenai lawatan Presiden China Xi Jinping ke AS dari 23 hingga 25 September, yang turut menjadi tumpuan dunia.

Guo berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk saling menyokong antara satu sama lain dalam penganjuran Sidang Kemuncak APEC serta Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun ini.

Katanya lagi, China bersedia untuk bekerjasama dengan AS bagi melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, dan menggalakkan hubungan China-AS berkembang secara stabil, sihat dan mampan.

Video

Berita Berkaitan