- Lain-lain
Wang Yi, Kao Kim Hourn Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Kelima Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN
Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn bertukar ucapan tahniah pada Ahad sempena sambutan ulang tahun kelima perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.
Wang dalam perutusannya berkata di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua pihak, kesalingpercayaan politik antara China dan ASEAN terus diperkukuh, kerjasama pragmatik membuahkan hasil memberangsangkan dan hubungan persahabatan semakin erat sejak penjalinan perkongsian strategik komprehensif pada tahun 2021.
Beliau turut menzahirkan hasrat untuk bersama Kao dan rakan sekerja dari negara-negara ASEAN dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, membina ‘rumah bersama’ yang menampilkan ciri-ciri aman, sejahtera, makmur, indah dan muhibah serta mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
Kao berkata China merupakan antara rakan yang paling awal menjalinkan perkongsian strategik komprehensif dengan ASEAN, sambil menyifatkan hubungan berkenaan sebagai cukup signifikan dan bermakna.
Beliau berharap dapat terus berganding bahu dengan China untuk mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif demi membawa manfaat kepada rakyat dan seluruh rantau.
Robot Berkhidmat, Ronda Jalan di Shenzhen
Follow Xi | Bersama-sama Asia Pasifik, Menuju ke Shenzhen
Malaysia Tonjol Kepelbagaian Kulinari Menerusi Festival Gastronomi di Beijing
Tales of Cities | Shannan, Tempat Budaya Xizang Lahir, Berkembang Maju
Masa Depan sudah Tiba | Warga Itali Teroka Hidup Futuristik di Shenzhen
- China, AS Adakan Mesyuarat Kumpukan Kerja Perjanjian Perundingan Ketenteraan Maritim di Shanghai
- PM Li Hadir Sidang Kemuncak China-ASEAN di Filipina
- China Hasrat Protokol Penaiktarafan CAFTA Versi 3.0 Berkuat Kuasa Seawal Mungkin - MFA
- Pertandingan Kemahiran Memasak Pelajar Kolej Vokasional China-ASEAN Diadakan di Guangxi
- Drama Mikro Pendek China Makin Jadi Produk Audiovisual Global Keempat
- Tentera China Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Sempena ADMM-Plus di Indonesia
- China, ASEAN Ikrar Perkasa Kerjasama dalam Bidang Substantif, Lonjakkan Ikatan Bilateral
- "Dialog Pelancongan China-ASEAN" Terokai Laluan Baharu Kerjasama Pelancongan
- Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
- Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila