- Lain-lain
Xi Utus Surat Tahniah untuk Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin

Presiden China Xi Jinping pada Isnin menyampaikan perutusan tahniah kepada mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin.
Dalam surat itu, Xi berkata bahawa isu Palestin merupakan inti pati bagi isu Asia Barat, sambil menambah bahawa perhatian masyarakat antarabangsa tidak seharusnya dipindahkan daripada isu Palestin di tengah-tengah situasi semasa yang tegang di rantau Asia Barat.
Xi menunjukkan, kunci utama dan jalan keluar bagi menyelesaikan isu Palestin terletak pada pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', serta mendorong pemulihan semula rundingan damai antara Palestin dan Israel.
Beliau menekankan bahawa tadbir urus Tebing Barat dan pembinaan semula pasca-perang di Gaza harus dipercepatkan dengan menekankan 'Kemandirian Rakyat Palestin dalam Tadbir Urus Tanah Air', dan menentang sebarang tindakan merampas tanah atau mencabuli hak rakyat Palestin.
Xi berkata, komuniti antarabangsa patut menterjemahkan kata sepakat dan komitmen mereka untuk menyokong Palestin kepada tindakan yang konkrit, membantu mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan melindungi keselamatan orang awam.
Keadilan hidup dalam hati dan empati rakyat dunia. China sentiasa dengan tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin yang adil untuk memulihkan hak kebangsaan mereka yang sah, kata Xi.
"China akan terus bekerjasama dengan semua negara yang menghargai keamanan dan menegakkan keadilan untuk memajukan isu Palestin diselesaikan secara komprehensif, saksama dan berkekalan dengan seawal mungkin, berdasarkan peraturan undang-undang antarabangsa.
"Usaha sedemikian kondusif bagi mewujudkan situasi yang aman, stabil dan berkekalan di rantau berkenaan, bahkan membuat sumbangan positif kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia", tambah Xi.
Robot Berkhidmat, Ronda Jalan di Shenzhen
Follow Xi | Bersama-sama Asia Pasifik, Menuju ke Shenzhen
Malaysia Tonjol Kepelbagaian Kulinari Menerusi Festival Gastronomi di Beijing
Tales of Cities | Shannan, Tempat Budaya Xizang Lahir, Berkembang Maju
Masa Depan sudah Tiba | Warga Itali Teroka Hidup Futuristik di Shenzhen
- Menteri Luar China, Palestin Bertemu di Baku
- China Sumbang Suntikan Insulin kepada Pelarian Palestin
- Guterres Gesa Noktahkan Kesengsaraan di Gaza
- China Hulur Barang Bantuan kepada Kanak-kanak Palestin
- China Usaha Habis-habisan Dorong Gencatan Senjata di Gaza
- Situasi Gaza: Hospital Ditutup, Kekurangan Makanan dan Air
- Isu Palestin: Xi Kemuka Tiga Cadangan
- China, Palestin Jalinkan Hubungan Rakan Strategik
- Presiden Palestin Dijadual Lawat China Minggu Depan