Robot Produktiviti, Selangkah ke Depan bagi Kecerdasan Terkandung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 November 2026

Juruteknik memasang robot di Ai² Robotics di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 12 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di Shenzhen, tujuh robot AlphaBot yang ditempatkan di pusat media menyediakan perkhidmatan buat wartawan tempatan dan asing, beroperasi dengan teratur dan menjamu minuman selama tujuh hari berturut-turut.

Robot berkenaan keluaran Ai² Robotics, sebuah firma permulaan yang ditubuhkan pada awal 2023 di Shenzhen oleh Guo Yandong. Guo berpendapat bahawa robot manusia mesti didedahkan kepada senario sebenar untuk latihan praktikal. Untuk tujuan ini, beliau mengorientasikan Ai² Robotics ke arah membangunkan robot pintar yang memfokuskan produktiviti.

Robot-robot AlphaBot kini berkhidmat di merata Shenzhen, mengendalikan tugas-tugas membabitkan lapangan terbang, sektor perindustrian, tadbir urus bandar dan respons kecemasan. Visi Guo untuk menjadikan robot terminal pintar generasi keempat selepas komputer peribadi, telefon bimbit dan kenderaan pintar sedang beransur-ansur menjadi nyata.

Deretan robot yang siap dipasang di Ai² Robotics di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 12 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Sebuah robot mensimulasikan operasi dan reaksi di pusat ujian kawalan kebakaran Ai² Robotics di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 12 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Guo Yandong (kanan) membaiki ralat pada sebuah robot bersama rakan sekerjanya di Ai² Robotics di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 12 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Sebuah robot AlphaBot menyediakan aiskrim untuk pelancong di sebuah taman di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 3 Ogos 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Robot AlphaBot melayan tetamu di pusat media Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 13 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Wartawan asing mengambil gambar robot AlphaBot yang menyediakan jus di pusat media Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 18 November 2026. (Xinhua/Liang Xu)

Video

Berita Berkaitan