Kru Shenzhou-21 Masuk Stesen Angkasa

(CRI)Sabtu 01 November 2025
Kru Shenzhou-21 Masuk Stesen Angkasa

Kapal angkasa lepas Shenzhou-21 yang membawa tiga angkasawan berjaya bercantum dengan stesen angkasa Tiangong pada pukul 3.22 pagi Sabtu, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Proses berkenaan mengambil masa kira-kira tiga jam setengah, sekali gus mencatat rekod terpantas percantuman kapal angkasa Shenzhou dengan stesen angkasa Tiangong.

Kemudian kru Shenzhou-21 memasuki stesen angkasa lepas dan bertemu dengan tiga angkasawan yang bertugas di sana.

Shenzhou-21 dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 11.44 malam Jumaat.

Video

Berita Berkaitan