Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-15 di Kuala Lumpur

(CRI)Sabtu 01 November 2025

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-15 diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pertahanan China Dong Jun dan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dong berkata China bersedia bersinergi dengan semua pihak bagi memperkukuh keselamatan bersama, di samping memelihara keamanan berkekalan di Laut China Selatan melalui tindakan praktikal.

Mohamed Khaleddan pemimpin badan pertahanan negara ASEAN yang lain menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama dengan China dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Para peserta turut sepakat untuk mengadakan siri latihan maritim China-ASEAN edisi kedua pada 2027.

Video

Berita Berkaitan