Infrastruktur Pengecasan EV China Catat Momentum Pertumbuhan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 November 2025

Kenderaan elektrik sedang dicas di stesen Taman Quanhu yang dilengkapi dengan pengecas sejuk cecair ultra laju di Guiyang, Provinsi Guizhou, 13 Jun 2025.

Kenderaan elektrik sedang dicas di stesen Taman Quanhu yang dilengkapi dengan pengecas sejuk cecair ultra laju di Guiyang, Provinsi Guizhou, 13 Jun 2025.

Jumlah tempat pengecas untuk kenderaan elektrik (EV) di China telah mencapai lebih 18.64 juta setakat penghujung Oktober tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 54 peratus berbanding setahun yang lalu.

Daripada jumlah tersebut, sekitar 4.53 juta adalah fasiliti pengecas awam, manakala lebih 14.11 juta merupakan swasta, yang masing-masing meningkat sebanyak 39.5 peratus dan 59.4 peratus.

Memetik Pentadbiran Tenaga Negara pada Rabu, gabungan kadar kuasa fasiliti pengecas EV awam adalah sekitar 203 juta kilowatt setakat penghujung Oktober, atau 44.69 kilowatt secara puratanya.

Pada awal bulan lalu, China memperkenalkan pelan tindakan tiga tahun untuk menambah baik infrastruktur pengecasan EV negara, dengan menyasarkan untuk mewujudkan jaringan serata negara sebanyak 28 fasiliti pengecasan, dengan kapasiti pengecasan awam melepasi 300 juta kilowatt menjelang penghujung 2027.

Video

Berita Berkaitan