- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia Nushirwan

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan juga Menteri Luar China Wang Yi menerima kunjungan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) Raja Dato' Nushirwan bin Zainal Abidin, di Beijing pada Selasa.
Nushirwan mengetuai delegasi untuk menghadiri mesyuarat kedua Dialog Dua Hala Isu Maritim China-Malaysia.

Wang Yi menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama pihak Malaysia, berpandukan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan, mempergiat kerjasama politik dan keselamatan, selain mendorong kerjasama pragmatik mencapai lebih banyak hasil, dan meningkatkan tahap kerjasama strategik China-Malaysia.
Menurut Wang, China bersedia untuk meningkatkan penyelarasan antara Rancangan Lima Tahun ke-15 China dengan Rancangan Malaysia Ke-13, mengintensifkan kerjasama Jalur dan Laluan, mendorong pelaksanaan projek-projek penting seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dan meneroka potensi kerjasama dalam sektor-sektor canggih seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga baharu.
Selain itu, China dan Malaysia juga harus memanfaatkan peranan platform dialog isu maritim untuk mendorong kerjasama menjadi lebih kukuh dan berhasil, ujar Wang.
Nushirwan pula menyatakan bahawa dialog isu maritim Malaysia-China kali ini telah mencapai hasil positif, dan Malaysia bersedia bekerjasama dengan China untuk melaksanakan konsensus termasuk penyelidikan bersama, serta bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan maritim.
Beliau berlata Malaysia akan secara proaktif mendorong projek-projek kerjasama utama antara kedua-dua negara dilaksanakan dengan lancar.
Selain itu, menurut beliau, kedua-dua negara harus merapatkan kerjasama pelbagai hala, bersama-sama menjaga keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
Nushirwan juga menegaskan bahawa Malaysia mempertahankan dasar satu China.
- Dua Jenis Tren untuk ECRL Malaysia Siap Dipasang di Dalian, China
- APU, GUT Perkenal Kolej Teknologi Maklumat di Guilin, Tawar Dwi Sijil
- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia Berkuat Kuasa 17 Julai
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- Perjanjian Bebas Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini
- Lebih 5,000 Sertai Larian Persahabatan Malaysia-China 2025
- “Taste of Malaysia 2025” Tawar Produk Terbaik Malaysia ke Pasaran China
- PM Malaysia Tiba di Tianjin
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Agong Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- Pasangan Panda Gergasi Chen Xing, Xiao Yue Tiba di Malaysia
- PM Li Ucap Tahniah kepada Anwar atas Ulang Tahun Ke-68 Kemerdekaan Malaysia
- Menteri Luar China Ucap Tahniah atas Ulang Tahun Ke-68 Kemerdekaan Malaysia
- China, Malaysia Ulangi Komitmen Perkasa Kerjasama
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- TPM Malaysia Tamat Lawatan Rasmi ke China, Puji Penganjuran CAEXPO ke-22
- Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China
- China, Malaysia Bakal Lancar Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025'
- Tentera China bagi Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025' Tiba di Malaysia
- China, Malaysia Ikrar Perdalam Kerjasama




