- Lain-lain
Upacara Bertafakur Diadakan di Hong Kong untuk Mangsa Kebakaran
Barisan penjawat awam Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) yang diketuai Ketua Eksekutif, John Lee telah menyertai upacara bertafakur untuk mangsa yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku di kawasan kediaman Tai Po pagi tadi.
Pada masa yang sama, Pejabat Kerajaan Pusat China di Hong Kong, Pejabat Keselamatan Negara di Hong Kong, Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Luar di Hong Kong serta Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat di Hong Kong juga mengadakan upacara bertafakur dengan menurunkan bendera separuh tiang.
Mulai hari ini hingga 1 Disember, bendera kebangsaan China dan bendera HKSAR di semua bangunan dan kemudahan awam akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung, semua aktiviti awam yang dijangka menyaksikan penglibatan pegawai kanan yang tidak mempunyai kaitan dengan insiden kebakaran itu dibatalkan, beserta semua acara hiburan serta sambutan yang dianjurkan atau ditaja oleh kerajaan HKSAR dibatalkan atau ditangguhkan.
Untuk rekod, kebakaran tahap lima yang berlaku di Hung Fuk Court, Tai Po pada petang Rabu lalu telah meragut 128 nyawa setakat ini.
- Xi Ucap Takziah atas Insiden Kebakaran di Hong Kong
- 12 Maut, Kilang Kimia Meletup di India
- Kebakaran Hutan Los Angeles: Angka Kematian Meningkat kepada 24
- Kebakaran Hutan Sichuan: 3,396 Individu Dipindahkan
- Penjara di Haiti Terbakar, Banduan Dipindahkan
- Pelanggaran Peraturan Pembina Punca Insiden Kebakaran di Xinyu
- 2 Maut Kebakaran Bangunan Kediaman di Korea Selatan
- Tiga Maut Kebakaran di Utara Paris
- Arahan Xi untuk Selamatkan Mangsa Kebakaran di Shanxi
- Hawaii Terbakar: Respons Penyelamatan yang Terlalu Lambat




