Status Greenland 'Tidak Wujud Ruang Perbincangan' - Presiden Finland

(CRI)Rabu 07 Januari 2026

Presiden Findland, Alexander Stubb berkata tidak wujud ruang perbincangan oleh pihak luar berhubung status Greenland serta menegaskan bahawa urusan yang melibatkan Denmark dan Greenland perlu diputuskan oleh mereka sendiri.

Kenyataan itu dibuat Stubb ketika mengulas mengenai gesaan Amerika Syarikat (AS) untuk meluaskan pengaruhnya di wilayah Artik tersebut.

Stubb berkata, Greenland adalah wilayah autonomi Denmark, 'hanya Denmark dan Greenland boleh membuat keputusan mengenai perkara yang melibatkan mereka.'

Beliau menambah, “Kami berdiri bersama Denmark.”

Semasa mengulas mengenai tindakan ketenteraan AS terhadap Venezuela, Stubb menyatakan AS hanya mengejar apa yang ditafsirkannya sebagai kepentingan sendiri.

Stubb juga menggesa supaya mematuhi peraturan bersama termasuk undang-undang antarabangsa, dan menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah dan hak asasi manusia di setiap negara.

Video

Berita Berkaitan