Kementerian Perdagangan China Akan Galak Penggunaan, Keterbukaan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 12 Januari 2026

Seorang pekedai menyusun Qipao, pakaian tradisional China untuk kaum wanita, di daerah Qilihe, Lanzhou, provinsi Gansu, barat laut China, 6 Januari 2026. (Xinhua/Chen Bin)

Seorang pekedai menyusun Qipao, pakaian tradisional China untuk kaum wanita, di daerah Qilihe, Lanzhou, provinsi Gansu, barat laut China, 6 Januari 2026. (Xinhua/Chen Bin)

Kementerian perdagangan China akan terus menggalakkan penggunaan dan memperluas keterbukaan sebagai salah satu tugas utama pada 2026, menurut persidangan kerja dua hari peringkat negara yang berakhir pada Ahad.

Difahamkan, sistem perdagangan negara akan memperkenalkan siri kempen untuk merangsang perbelanjaan, membina jenama “Beli-belah di China” menerusi penjanaan titik pertumbuhan baru dalam penggunaan perkhidmatan, selain mengoptimumkan dasar tukar beli barangan pengguna.

Untuk itu, persidangan tersebut turut memberikan perhatian kepada penggunaan yang bersifat digital, hijau, dan berkaitan dengan kesihatan, serta potensi yang dapat dicungkil dalam pasaran baru muncul merata negara.

Menyentuh aspek dagang, usaha akan dilakukan untuk menaik taraf perdagangan barangan, meluaskan perdagangan perkhidmatan dan eksport, di samping mendorong perdagangan digital dan hijau ke arah membina jenama “Eksport ke China”.

Bagi menarik pelaburan asing dan memperhalus jenama “Melabur di China”, langkah akan diambil untuk mempertingkat keterbukaan dari segi perkhidmatan, menggiatkan lagi promosi pelaburan, dan menambah baik perkhidmatan kepada syarikat asing.

Untuk memperluas keterbukaan, China akan menjajarkan diri dengan peraturan perdagangan antarabangsa berstandard tinggi, menaik taraf zon perdagangan bebas rintis dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, dan menganjurkan pameran-pameran utama dengan cekap.

Melihat kepada pengurusan pelaburan ke luar pula, lebih banyak yang akan dilakukan untuk membimbing susun atur perindustrian dan rantaian bekalan, menyokong rangkaian perkhidmatan di seberang laut, memperdalam kerjasama Jalur dan Laluan, serta memperhebat pengurusan risiko.

Video

Berita Berkaitan