Wang Yi Bertemu Setiausaha Negara AS di Munich

(CRI)Sabtu 14 Februari 2026

China dan Amerika Syarikat (AS) boleh menemui pendekatan bagi menangani keprihatinan masing-masing dan mengurus perbezaan pendapat dengan baik, dengan memegang sikap sama rata, saling hormat dan saling untung.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) pada Jumaat.

Wang menyeru kedua-dua pihak berusaha bersama untuk membawa hubungan blilateral ke landasan yang stabil, sihat dan mampan sehingga memberi lebih banyak mesej positif kepada dunia.

Kedua-dua pihak sepakat untuk melaksanakan konsensus antara pemimpin, memanfaatkan saluran politik dan diplomasi bagi berkhidmat kepada pertukaran peringkat tinggi, di samping memperkasa dialog dan kerjasama melibatkan pelbagai bidang.

Video

Berita Berkaitan