Polis Jepun Siasat Pangkalan JSDF Berhubung Insiden Individu Ceroboh Masuk Kedutaan China

(CRI)Ahad 29 Mac 2026

Pihak polis Jepun telah menjalankan penyiasatan terhadap pangkalan Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF), tempat perkhidmatan Kodai Murata, serta kediamannya, pada Ahad.

Menurut maklumat Kedutaan Besar China di Jepun, individu yang mengaku diri sebagai anggota JSDF meceroboh masuk ke keduatan Besar China dan mengancam untuk membunuh diplomat China pada 24 Mac lalu.

Kedutaan Besar China di Jepun telah mengeluarkan bantahan keras dan menggesa pihak Jepun menyiasat kejadian itu dengan menyeluruh.

Walau bagaimanapun setakat ini, kerajaan Jepun hanya menzahirkan "rasa kecewa", dan masih belum meminta maaf atau membawa kes itu ke muka pengadilan.

Video

Berita Berkaitan