Dua Pertiga Rakyat AS Harap Operasi terhadap Iran Ditamatkan Segera - Tinjauan Reuters/Ipsos

(CRI)Khamis 02 April 2026

Satu tinjauan pendapat umum yang dijalankan bersama Reuters and Ipsos menunjukkan kira-kira 66 peratus responden menganggap bahawa Amerika Syarikat (AS) perlu menghentikan operasi ketenteraan terhadap Iran dengan segera, tanpa mengira sama ada mencapai matlamat yang ditetapkan atau tidak.

Dalam tinjauan itu, kira-kira 60 peratus responden menyatakan mereka tidak menyokong serangan AS terhadap Iran.

Selain itu, lebih separuh responden berpendapat konflik berkenaan akan membawa kesan negatif kepada keadaan kewangan mereka.

Video

Berita Berkaitan