- Lain-lain
Laporan AMRO:China Menjadi Hab Utama Rangkaian Pengeluaran Rantau ASEAN+3

Pejabat Penyelidikan Ekonomi Makro ASEAN+3 (AMRO) pada Isnin mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa dalam tempoh dua dekad lalu, China telah menjadi hab utama rangkaian pengeluaran rantau ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.
AMRO dalam laporannya mengenai unjuran ekonomi rantau ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2026 memaklumkan bahawa sepanjang dua dekad yang lalu, struktur ekonomi rantau ASEAN+3 telah melalui transformasi asas yang secara langsung menjadi tonggak penting kepada daya tahan serantau.

Dari sudut pembekalan pula, laporan berkenaan menyatakan bahawa rangkaian pengeluaran serantau telah mengalami perubahan yang mendalam dan signifikan.
Menurut laporan itu, rangkaian yang sebelum ini berpaksikan kepada Jepun telah beralih kepada struktur yang lebih padat dan saling berhubung, dengan China sebagai tiang utama.
Ini didorong oleh kemampuan pembuatan dan infrastruktur logistik China yang terus berkembang, serta kedudukannya yang penting dalam perdagangan barang perantaraan.
Manakala, rangkaian bekalan yang saling bergantung dan melengkapi itu, tidak sekadar hanya bergantung kepada China sahaja.
Dari sudut permintaan pula, permintaan dalam kalangan ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan meningkat dengan ketara sepanjang 20 tahun lalu, sekali gus menjadi sumber penting bagi permintaan akhir global.
Pada tahun 2022, jumlah permintaan Rantau ASEAN+3 telah melepasi Amerika Syarikat dengan perubahan berkenaan didorong oleh pembangunan China sebagai negara penggunaan utama di rantau ini, bahkan di peringkat global.
- Pertumbuhan Ekonomi Asia Timur-Tenggara 2026 Dijangka Meningkat 4 Peratus
- Budaya Sebagai Jambatan Pamer Kecemerlangan Wanita – Diplomat China, ASEAN Bincang Warisan Budaya
- Keterbukaan Tahap Tinggi Demi Rancakkan Kerjasama China-ASEAN
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sekali Lagi Dilantik Sebagai Presiden Laos
- ACC Hoskan Dialog Mengenai FYP ke-15
- Keserasian Sistem Imbas Kod QR Suntik Momentum kepada Dagangan China, ASEAN
- China Kurangkan Kadar Tarif Ke Atas Sejumlah Barangan Import Pada 2026
- AI Rombak Penghasilan Kandungan: Teknologi China Pacu Drama Mikro Asia Tenggara
- Chongzuo Perkasa Penaiktarafan Perdagangan Rentas Sempadan
- Teknologi Pintar Pacu Penaiktarafan Laluan Rentas Sempadan China-ASEAN




