- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-55 'Diplomasi Ping-Pong' China-AS
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada acara pelancaran siri aktiviti memperingati ulang tahun ke-55 'Diplomasi Ping Pong' China-Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Xi menyatakan bahawa pada 55 tahun yang lalu, pemimpin generasi terdahulu China dan AS, dengan kebijaksanaan politik dan wawasan strategik yang cemerlang, telah membuka semula pintu kepada pertukaran antara rakyat kedua-dua negara, yang dilihat sebagai satu bualan hangat yang memberangsangkan ketika itu yang disifatkan sebagai 'pergaulan negara kuasa besar dihidupkan dengan ping pong kecil'.
"Pada masa sekarang ini, golongan muda kedua-dua negara menambah nafas baharu kepada 'ikatan Ping Pong' dengan menganjurkan pelbagai siri aktiviti pertukaran sukan. Ini amat bermakna untuk menyuburkan persahabatan antara China dan AS.
"Saya berharap tokoh-tokoh pelbagai kalangan kedua-dua pihak terutamanya generasi muda mengambil iktibar dan ilham daripada sejarah, menebus persamaan dan memupuk silaturahim melalui pertukaran dan kerjasama, dan melakar kemajuan ketika saling belajar supaya dapat menyumbang kepada perkembangan hubungan China-AS yang stabil, sihat, dan berkekalan," kata Xi.
- He Lifeng Bertemu Pengasas Bridgewater Associates di Beijing
- Wang Wentao Bertemu Wakil Perdagangan AS
- China, AS Kekal Berkomunikasi tentang Tarikh Lawatan Trump
- China, AS Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Terus-terang, Mendalam, Konstruktif di Paris
- China, AS Capai Sedikit Sebanyak Persepakatan dalam Perundingan Ekonomi dan Perdagangan
- China, AS Dijadual Adakan Rundingan Perdagangan di Perancis
- China Sedia Adakan Perbincangan Jujur dan Pragmatik dengan AS
- Xi Kirim Surat Balas ke Sahabat-sahabat di Negeri Iowa, AS
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Negara AS di Munich
- Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon




