Menteri Luar China, Rusia Adakan Perbincangan di Beijing

(CRI)Rabu 15 April 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov di Beijing pada Selasa.

Wang berkata China dan Rusia harus mengambil peluang daripada ulang tahun ke-25 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk melaksanakan konsensus dicapai semasa Sidang Kemuncak SCO di Tianjin serta menyokong Kyrgyzstan menjayakan edisi tahun ini.

Kedua-dua pihak harus bersama-sama memelihara solidariti dalam kalangan negara BRICS serta melindungi hak dan kepentingan sah Selatan Global, ujar beliau.

Wang turut menyeru supaya dua negara mengekalkan koordinasi strategik berhubung isu-isu utama antarabangsa dan rantau, mengamalkan multilateralisme dan nilai moral antarabangsa, sekali gus memajukan proses multipolarisasi dunia.

Sementara itu, Lavrov berkata Rusia bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China sambil memperdalam kerjasama pragmatik demi situasi sama menang.

Beliau berharap usaha terus dipergiat untuk menyelaraskan siri inisiatif global disyor China dengan visi diketengahkan Rusia seperti 'Perkongsian Eurasia Besar' dan 'Seni Bina Keselamatan Eurasia', selain bersama-sama menjaga keselamatan dan kestabilan sistem antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan