China Bantah Kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun Melintasi Selat Taiwan

(CRI)Isnin 20 April 2026

Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China, Kementerian Pertahanan China, dan Kementerian Luar China masing-masing membuat kenyataan berhubung kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun melintasi Selat Taiwan, pada Jumaat.

Jurucakap Medan Timur, Kolonel Kanan Xu Chenghua menyatakan bahawa kapal pemusnah JS Ikazuchi Jepun melintasi Selat Taiwan pada pukul 4.02 pagi hingga 5.50 petang pada Jumaat, memberi isyarat salah kepada kumpulan pemisah "kemerdekaa Taiwan".

Beliau berkata, Medan Timur telah mengerahkan pasukan udara dan laut untuk mengekori dan memantau kapal tersebut, serta melakukan kawalan secara berkesan.

Di samping itu, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang berkata, tentera China mengekalkan kewaspadaan tinggi, dan akan bertindak tegas untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Selain itu, jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyatakan bahawa soal Taiwan adalah garis merah yang tidak boleh dilampau kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China, selain menjadi asas politik antara China dengan Jepun.

China sekali lagi menggesa Jepun untuk membetulkan kesalahan, berhati-hati dalam mengambil tindakan, supaya mengelakkan terus sesat di jalan yang salah.

Video

Berita Berkaitan