- Lain-lain
China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun

China memperketat kawalan eksport item dwi-guna ke Jepun baru-baru ini dan negara itu kemudiannya menyalahkan China dengan mengatakan China telah melakukan "tekanan ekonomi".
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi menuntut China untuk menarik balik langkah kawalan eksport tersebut, bagaimanapun pada Khamis Kementerian Perdagangan China menyatakan pihaknya menentang keras dan menolak tuntutan tersebut.
Untuk rekod, item dwi-guna merujuk kepada barangan, teknologi dan perkhidmatan yang boleh digunakan bagi tujuan awam atau ketenteraan, atau menyumbang kepada peningkatan keupayaan ketenteraan, khususnya dalam reka bentuk, pembangunan, pengeluaran atau penggunaan senjata pemusnah besar-besaran serta sistem penghantarannya.
Persoalannya, mengapa China memperketat kawalan eksport item dwi-guna ke Jepun?
Seperti yang diketahui umum, Sanae Takaichi secara terang-terangan telah campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dan mengeluarkan ancaman "serius" terhadap China sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun.
Bukan itu sahaja, Takaichi juga aktif mempercepatkan pengubahsuaian "tiga dokumen keselamatan", selain pengikutnya juga terbuka menyuarakan sokongan mengenai pemilikan senjata nuklear.
Tindakan tersebut dilihat amat berbahaya dan mendedahkan niat Takaichi serta kuasa sayap kanan Jepun untuk membangkitkan semula "militarisme" yang dikhuatiri menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau, serta mengancam kedamaian dan keselamatan dunia.
Sehubungan dengan itu, China memperketat kawalan eksport item dwi-guna ke Jepun bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kepentingan negara, selain melaksanakan tanggungjawab antarabangsa.
Tindakan ini adalah wajar, munasabah dan sah.

- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Jepun Digesa Henti Seleweng Fakta
- Jepun Masih Berlagak dan Cuba Mengelirukan Ramai Pihak
- Sayap Kanan Jepun Sudah Biasa Cipta "Narasi Palsu" - Kementerian Luar China
- Tindakan AS Pergunakan Taiwan Untuk Sekat China Tidak Akan Berhasil -- MFA
- PLA Mulakan Latihan 'Misi Keadilan 2025' di Sekitar Taiwan
- Latihan PLA, Tindakan Perlu untuk Pertahankan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah - MFA
- PLA Lakukan Latihan Tembakan Peluru Hidup di Perairan Utara Taiwan
- Bayaran untuk Kos "Perlindungan"
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar
- Kumpulan Wanita Filipina Tuntut Kerajaan Jepun Aku Salah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- Bagaimana China Boleh Maafkan Jepun?
- Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah
- Dunia Perlu Waspada Kebangkitan Kuasa Militiarisme - Wang Yi
- Jepun Perlu Refleksi Jenayah Kejam Yang Pernah Dilakukan
- Dakwaan "Jepun Perlu Milik Senjata Nuklear" dalam Perhatian Besar China
- Mangsa Bom Atom Nagasaki Bantah Kenyataan Sokong Senjata Nuklear Jepun
- Peruntukan Pertahanan Jepun Cecah Rekod Tertinggi
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan




