- Lain-lain
Dunia Perlu Waspada Kebangkitan Kuasa Militiarisme - Wang Yi
China berpendirian tegas dan menentang keras tindakan pemimpin Jepun yang mencampuri urusan dalaman China.
Demikian ditegaskan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar bersama media China selepas mengakhiri lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan pada 12 hingga 16 Disember.
Wang berkata, semasa lawatan kali ini, beliau turut menjelaskan mengenai fakta sejarah dan justifikasi undang-undang berhubung soal Taiwan kepada tiga-tiga negara tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China menentang pencerobohan Jepun dan perang anti-Fasis Dunia.
Menurut Wang, pada masa dahulu, kuasa militarisme Jepun menggunakan alasan "krisis kelangsungan hidup" sebagai helah untuk melancarkan pencerobohan secara terang-terangan terhadap negara lain.
"Sejarah ini tidak boleh berulang sekali lagi", tegas beliau.
Semua negara di dunia yang menghargai keamanan perlu sentiasa berwaspada terhadap kebangkitan semula kuasa militarisme dan fasis, serta dengan tegas menghalang sebarang cubaan atau tindakan yang cuba menghalalkan pencerobohan kolonial.
- Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah
- Bagaimana China Boleh Maafkan Jepun?
- Bukti Baharu Jenayah Unit 731 Tentera Jepun Didedah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- Tindakan PM Jepun Elak Jawab Soal Taiwan, Tidak Boleh Diterima - Kementerian Luar China
- Kenyataan Sanae Takaichi Bawa Krisis yang Menjejaskan Pelbagai Industri Jepun - Pakar
- Sarjana Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi, Jejaskan Pertukaran Rakyat Jepun-China
- China Sekali Lagi Hantar Surat kepada Ketua PBB, Bantah Kenyataan Jepun
- Tunjuk Perasaan Diadakan Tanpa Berhenti di Jepun, Bantah Kenyataan PM mengenai Taiwan
- China Beri Amaran kepada Jepun, Jangan Campur Tangan Soal Taiwan




