China Beri Amaran kepada Jepun, Jangan Campur Tangan Soal Taiwan

(CRI)Jumaat 28 November 2025

Soal Taiwan adalah hal dalaman China sepenuhnya dan tidak ada kena mengena dengan Jepun.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Jiang Bin pada Khamis sebagai respon terhadap tindakan Jepun menempatkan peluru berpandu di pulau Yonaguni, yang terletak kira-kira 110 kilometer timur pulau Taiwan.

Sekiranya Jepun berani melangkah setengah langkah yang “melampaui garisan bahaya“,mencetuskan masalah kepada diri sendiri, pasti akan menanggung akibat yang pahit.

Menteri Pertahanan Jepun, Koizumi Shinjiro sebelum ini berkata penempatan peluru berpandu tersebut dapat membantu mengurangkan kemungkinan Jepun diserang secara bersenjata dan langkah ini tidak akan menambah ketegangan situasi serantau.

Dalam pada itu menurut Jiang, tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat Taiwan Menentang Penjajahan Jepun.

Justeru Jepun sepatutnya mengambil pengajaran daripada sejarah, bukan mengulangi semula kesalahan militarisme.

Jiang turut memberi amaran bahawa tindakan Jepun boleh menggugat orde antarabangsa pasca perang dan menyatakan bahawa Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China mempunyai kemampuan kuat dan cara untuk menewaskan mana-mana musuh.

"Jika Jepun berani mencetuskan provokasi, ia pasti akan menanggung akibat yang berat", ujarnya.

Video

Berita Berkaitan