Tinjauan CGTN: Teliti Semula Jenayah Sejarah Jepun Adalah Hak Diberikan Keadilan

(CRI)Selasa 25 November 2025

“Pemimpin Jepun telah mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah dan melampau garis merah.”

Demikian dikatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar China Wang Yi sebagai mengutuk kenyataan dan tindakan salah Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi yang disifatkan sebagai menjejaskan kepentingan teras China serta mencabar orde antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua.

Hasil tinjauan pendapat umum yang dilancarkan oleh CGTN mendapati bahawa para responden memahami dan menyokong tindak balas China terhadap provokasi pemimpin Jepun. Jika pihak Jepun berdegil berbuat demikian, negara dan rakyat yang mengangkat keadilan akan meneliti semula jenayah sejarah negara itu.

Menurut keputusan tinjauan tersebut, sebanyak 89.4 peratus responden memberikan sokongan kepada prinsip dan pendirian China mengenai Taiwan, manakala sebanyak 89 peratus responden menyatakan kerajaan Jepun telah membuat komitmen serius mengenai isu Taiwan dalam empat dokumen politik Jepun-China, dan semua parti dan individu dari Jepun wajib untuk patuh akan komitmen itu kerana ia mempunyai kuasa ikat dari segi undang-undang antarabangsa.

Pada masa sama, sebanyak 88.2 peratus responden menyatakan, jika pihak Jepun berdegil dan membuat kesalahan lagi, sebarang negara dan rakyat yang mengangkat keadilan berhak untuk meneliti semula jenayah sejarah Jepun, serta bertanggungjawab untuk menghalang militarisme Jepun daripada bangkit semula.

Tinjauan tersebut dilancarkan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Sebanyak 7,740 netizen global mengundi dan memberikan komen dalam masa 12 jam.

Video

Berita Berkaitan