Cubaan Hidupkan Semula Militarisme Mesti Dihalang: MFA

(CRI)Khamis 20 November 2025

Komuniti antarabangsa perlu sentiasa berwaspada dan menghalang sebarang cubaan untuk menghidupkan semula militarisme.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning susulan ramai penganalisis menunjukkan bahawa Sanae Takaichi merupakan Perdana Menteri Jepun pertama yang secara jelas menggambarkan senario hipotetikal mengenai Taiwan sebagai 'situasi yang mengancam keselamatan'.

Jika situasi seumpama berlaku, maka Jepun boleh melaksanakan hak mempertahankan diri secara kolektif, sekali gus wujud kemungkinan berlaku campur tangan secara kekerasan oleh negara itu di Selat Taiwan.

Untuk itu, Mao memetik catatan sejarah sebagai berkata, alasan ‘situasi yang mengancam keselamatan’ dan ‘hak mempertahankan diri’ merupakan taktik biasa militarisme Jepun untuk melancarkan serangan.

Masyarakat antarabangsa perlu menolak sebarang cubaan yang berniat jahat itu dan bersama-sama menegakkan orde dunia pasca Perang Dunia II serta menjaga keamanan, ujar Mao.

Video

Berita Berkaitan