China Gesa Jepun Tarik Balik Kenyataan Berhubung Taiwan

(CRI)Rabu 19 November 2025

China menggesa supaya Jepun menarik balik kenyataan berhubung Taiwan dan membetulkan kesalahan menerusi langkah praktikal untuk memelihara asas politik hubungan kedua-dua negara.

Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning selepas perbincangan dilakukan antara Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia MFA, Liu Jinsong dengan Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Asia dan Oceania Kementerian Luar Jepun, Kanai Masaaki di Beijing pada Selasa.

Dalam rundingan tersebut, China sekali lagi mengemukakan bantahan keras kepada Jepun susulan kenyataan Perdana Menteri Sanae Takaichi berhubung Taiwan.

Mao berkata kenyataan Takaichi bertentangan dengan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, serta merosakkan orde dunia pasca perang.

Beliau turut mengkritik kenyataan berkenaan melanggar prinsip satu China dan empat dokumen politik China-Jepun serta menjejaskan asas politik hubungan dua hala.

Video

Berita Berkaitan