China Bantah Keras Tindakan AS Jual Senjata kepada Taiwan

(CRI)Selasa 18 November 2025

Penjualan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

Tindakan tersebut juga secara terang-terangan mencampuri urusan dalaman China, menjejaskan kedaulatan serta kepentingan keselamatan China sekali gus menghantar isyarat salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.

Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang dalam sidang media pada Isnin susulan Jabatan Negara AS meluluskan pakej penjualan senjata bernilai kira-kira USD330 juta kepada Taiwan.

Beijing membantah sekeras-kerasnya perbuatan AS, kata Zhang sambil menambah bahawa China akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Video

Berita Berkaitan