China Kecam Rancangan Jepun Hantar Senjata Serangan ke Kepulauan Berhampiran Taiwan

(CRI)Selasa 25 November 2025

Rancangan Jepun untuk menempatkan senjata serangan di kawasan kepulauan di barat daya berhampiran Taiwan dilihat sebagai cubaan sengaja mencetuskan ketegangan serantau dan provokasi konfrontasi ketenteraan.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Mao berkata rancangan tersebut dan kenyataan Perdana Menteri Jepun berhubung Taiwan adalah amat bahaya dan perlu diberi perhatian serius oleh negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Beliau menegaskan bahawa Deklarasi Postdam secara jelas melarang Jepun daripada "memperlengkap semula ketenteraan", malah perlembangaan Jepun sendiri telah menetapkan prinsip "pertahanan eksklusif".

Namun, katanya Jepun telah menyimpang dari prinsip tersebut apabila meningkatkan belanjawan pertahanan saban tahun, melonggarkan sekatan eksport senjata dan membangunkan senjata serangan.

Mao berkata, China sama sekali tidak akan membenarkan kuasa sayap kanan Jepun memutar kembali sejarah, mencampuri urusan Taiwan dan membangkitkan semula militarisme Jepun.

China bertekad dan mempunyai kemampuan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Video

Berita Berkaitan