Tokoh-Tokoh Politik Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi

(CRI)Khamis 27 November 2025

Tokoh-tokoh politik Jepun mengkritik kenyataan Sanae Takaichi berhubung perihal Taiwan pada Rabu.

Bekas Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru dalam ucapannya di Tokyo pada Rabu menegaskan kepentingan untuk membina hubungan yang stabil dengan China.

Ketika beliau disoal mengenai hubungan Jepun-China yang semakin buruk ekoran kenyataan Sanae, beliau berkata “bolehkah negara kami wujud kalau tiada hubungan dengan China”?.

Menurut beliau, sejak hubungan Jepun-China menjadi normal pada tahun 1972, kerajaan Jepun sentiasa memahami dan menghormati pendirian pihak China bahawa Taiwan adalah sebahagian wilayah China, “perkara ini tidak boleh diubah”, dan “Jepun sentiasa menangani perkara ini dengan amat berhati-hati”, ujar beliau.

Ishiba menambah, ekonomi Jepun sekarang banyak bergantung kepada pengimportan barangan dari China termasuk makanan, nadir bumi dan ubat-ubatan.

Justeru beliau sekali lagi menyeru agar mementingkan kelancaran hubungan Jepun-China.

Pada hari yang sama, ahli Parlimen Jepun, Ichiro Ozawa turut menerbitkan 10 kenyataan ringkas di media sosial yang menyatakan kepentingan Sanae menarik balik kenyataan beliau.

Beliau berkata sebagai Perdana Menteri, Sanae memikul tanggungjawab menjaga negara dan rakyat, justeru Sanae harus berhati-hati ketika bercakap atau bertindak, khususnya berkaitan perihal Taiwan.

Video

Berita Berkaitan