Hanya Ada Satu China di Dunia

(CRI)Rabu 26 November 2025

Hanya ada satu China di dunia, dan Taiwan merupakan sebahagian dari negara China yang tidak boleh dipisahkan, ini adalah fakta kukuh yang tidak boleh diputarbelit atau diubah.

Demikian tegas Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Selasa.

Kenyataan salah melibatkan Taiwan oleh Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan rakyat China.

Bagaimanapun ada segelintir pihak di Jepun yang menyatakan bahawa, "yang menerima penyerahan kalah Jepun adalah Republik China, bukan Republik Rakyat China", justeru Republik Rakyat China tidak berhak membincangkan perihal Taiwan.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Mao berkata individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut sama ada tidak mengetahui sejarah atau sengaja memutarbelitkan sejarah serta mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Menurut Mao, Jepun telah menandatangani surat penyerahan kalah dan berjanji untuk melaksanakan Deklarasi Potsdam dan mengembalikan Taiwan kepada China tanpa syarat pada tahun 1945.

Sejak itu, China telah memulihkan kedaulatan Taiwan dan mengambil semula Taiwan dari segi undang-undang dan ini adalah fakta.

Pada tahun 1949, kerajaan Republik Rakyat China telah menggantikan kerajaan Republik China.

Ini merupakan pertukaran kerajaan berlandaskan undang-undang antarabangsa China tanpa melibatkan sebarang perubahan.

Hakikatnya, kedaulatan China dan wilayahnya tetap tidak berubah.

Kerajaan Republik Rakyat China mempunyai hak untuk melaksanakan kedaulatan penuh China, termasuk kedaulatan ke atas Taiwan.

Penyataan Bersama China-Jepun 1972 dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan Jepun mengakui kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya kerajaan sah China.

"Dunia hanya mempunyai satu China, dan Taiwan adalah sebahagian dari China yang tidak boleh dipisahkan. Ini adalah fakta yang kukuh dan tidak boleh diputarbelitkan atau diubah," tegas Mao.

Video

Berita Berkaitan