Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong semasa menyampaikan ucapan dalam perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB bertajuk "Pamer Daya Pimpinan demi Keamanan" pada Isnin, sekali lagi mendesak Jepun agar menarik balik kenyataan yang salah.

Fu berkata Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi telah mendakwa "keadaan krisis hidup mati" Jepun berkaitan dengan wilayah Taiwan China, sambil memberi isyarat dan ancaman bahawa negara itu akan campur tangan secara ketenteraan dalam perihal Taiwan.

Menurutnya, tindakan itu jelas merupakan satu bentuk campur tangan kasar dalam urusan dalaman China.

Tegas Fu, pada 80 tahun lalu, kuasa militarisme Jepun juga pernah menggunakan "krisis hidup mati" sebagai alasan mengembangkan kekuatan tentera dan membuat persiapan demi peperangan.

Ini termasuk mencetuskan pencerobohan ke luar negara dengan alasan "pertahanan diri" sehingga membawa malapetaka besar kepada China, rantau Asia bahkan dunia.

"Pada hari ini, kita tidak boleh membenarkan kuasa militarisme hidup semula, tidak boleh membenarkan hantu fasisme dihidupkan semula", kata Fu.

Justeru, China sekali lagi mendesak Jepun agar menarik balik kenyataan yang salah selain merenung kembali atas kesalahan yang dilakukan agar tidak lagi melangkah lebih jauh ke arah yang salah.

Video

Berita Berkaitan