- Lain-lain
Jepun Masih Berlagak dan Cuba Mengelirukan Ramai Pihak
Jepun dilihat masih berlagak dalam isu-isu kritikan dan cuba mengelirukan ramai pihak.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa sekaligus mengkritik siri kenyataan rasmi Jepun melibatkan China baru-baru ini.
Menurut laporan, Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi telah menyatakan pendirian Jepun berhubung Taiwan semasa mesyuarat Dewan Penasihat Jepun pada Isnin, dan menyatakan bahawa kerajaan Jepun menghormati dan memahami pendirian China serta akan berpegang teguh dan mematuhi Perkara 8 Perisytiharan Potsdam.
Namun, Guo menunjukkan bahawa sebahagian butiran berhubung Taiwan dalam Kenyataan Bersama China-Jepun yang dinyatakan Toshimitsu Motegiitu gagal mengulangi perkara penting termasuk "kerajaan Jepun mengakui kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah di China", "Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Republik Rakyat China".
Selain itu, merujuk kepada butiran dalam Pengisytiharan Kaherah, pihak Jepun hanya menyebut tentang timur laut China, Taiwan, Kepulauan Penghu, dan sengaja mengelak daripada menyebut "wilayah yang dirampas daripada China oleh Jepun".
Selain itu Guo berkata tindakan Jepun menyamakan Kenyataan Bersama China-Jepun dengan apa yang disebut sebagai "Perjanjian San Francisco" adalah bercanggah dengan komitmen sedia ada serta prinsip undang-undang antarabangsa.
Langkah itu dilihat sebagai cubaan untuk mempersoalkan semula status Taiwan dan campur tangan dalam hal ehwal domestik China.
Menurut Guo, Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada China. Bagaimana untuk menyelesaikan perihal Taiwan adalah urusan China sendiri. Jepun tidak berhak sama sekali untuk mengeluarkan kata-kata.
Guo sekali lagi menggesa Jepun agar mematuhi semangat empat dokumen politik China-Jepun, mengkaji semula dan membetulkan kesalahan serta menarik balik kenyataan yang salah dikeluarkan Perdana Menteri Sanae Takashi.
- Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- Tindakan PM Jepun Elak Jawab Soal Taiwan, Tidak Boleh Diterima - Kementerian Luar China
- Kenyataan Sanae Takaichi Bawa Krisis yang Menjejaskan Pelbagai Industri Jepun - Pakar
- Sarjana Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi, Jejaskan Pertukaran Rakyat Jepun-China
- China Sekali Lagi Hantar Surat kepada Ketua PBB, Bantah Kenyataan Jepun
- Tunjuk Perasaan Diadakan Tanpa Berhenti di Jepun, Bantah Kenyataan PM mengenai Taiwan
- China Beri Amaran kepada Jepun, Jangan Campur Tangan Soal Taiwan
- Tokoh-Tokoh Politik Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi
- Hanya Ada Satu China di Dunia




