Kumpulan Wanita Filipina Tuntut Kerajaan Jepun Aku Salah

(CRI)Khamis 15 Januari 2026

Pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kepentingan mangsa hamba seks ketika Perang Dunia II, Lila Pilipina pada Rabu mengeluarkan kenyataan berhubung lawatan Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi ke Manila.

Kenyataan itu mengulangi tuntutan supaya kerajaan Jepun mengakui jenayah perang yang dilakukannya serta membuat permohonan maaf secara ikhlas, terbuka dan rasmi kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Lila Pilipina atau dikenali sebagai 'League of Filipino Grandmother' juga menzahirkan bantahan terhadap kenyataan berbaur hasutan yang dibuat Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi baru-baru ini.

Pertubuhan itu menegaskan bahawa pihaknya bersama golongan wanita Filipina lain menolak menjadi sebahagian daripada agenda perang Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, serta menentang sebarang cubaan untuk menyeret Filipina ke dalam kancah konflik.

Video

Berita Berkaitan