Mangsa Bom Atom Nagasaki Bantah Kenyataan Sokong Senjata Nuklear Jepun

(CRI)Khamis 25 Disember 2025

Wakil dari empat kumpulan mangsa bom atom Nagasaki mengadakan sidang media pada Rabu bagi membantah kenyataan seorang pegawai kanan pejabat Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi yang mencadangkan "Jepun wajar memiliki senjata nuklear".

Kumpulan terbabit menegaskan bahawa teori pemilikan senjata nuklear oleh Jepun telah mencabuli pengalaman penderitaan mangsa bom atom selama hampir 80 tahun dan sama sekali tidak boleh diterima.

Mereka turut menggesa kerajaan Jepun supaya mematuhi "Tiga Prinsip Bebas Nuklear" serta mengubah dasar keselamatan negara agar tidak lagi bergantung kepada pencegahan nuklear.

Video

Berita Berkaitan